Sukan Hari Ini

Dulu lebih meriah

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih olahraga negara Zainal Abas tidak menafikan ketiadaan Kejohanan Antara Bank yang rancak dianjurkan satu ketika dulu sedikit sebanyak memberi impak dalam melahirkan atlet berkualiti.

Bagaimanapun jelasnya, masih ada beberapa pilihan lagi yang boleh disertai atlet negara sesudah melepasi alam persekolahan untuk meneruskan karier mereka.

“Atlet masih mempunyai pilihan untuk ke program prauniversiti. Selain itu, ada juga program untuk saingan SUKMA (Sukan Malaysia).

“Tapi jika mereka dapat sertai lebih banyak kejohanan seperti Kejohanan Antara Bank satu ketika dulu, ia lebih baik.

“Sebab itu kami di KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia) sedang mengadakan perbincangan untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Olahraga Antara Kelab untuk menambahkan lagi senarai kejohanan di negara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zainal bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat bahawa negara gagal melahirkan atlet pecut.

“Ketika ini, selain Badrul Hisyam (Manap), kita juga mempunyai beberapa atlet pecut berkaliber. Cuma mereka mungkin masih belum mencapai tahap untuk memenangi pingat emas di Sukan SEA,” katanya.

Zainal berpendapat Malaysia sebenarnya tidak pernah ketandusan bakat berkualiti, terutama di sekolah.

“Tidak dinafikan atlet kita di bawah usia 18 tahun sememangnya sangat berbakat. Contoh terbaru adalah kejayaan kita meraih 13 pingat emas pada Kejohaan Olahraga Remaja SEA ke-11 yang baru saja berakhir.

“Kita muncul juara keseluruhan berbanding Thailand yang menduduki tempat kedua dengan memungut 10 emas.

“Cuma selepas itu, atlet ini tercari-cari ke mana hala tujuan mereka selepas itu.

“Sebab itulah seperti saya katakan tadi, kami di KOM sedang berusaha untuk menganjurkan lebih banyak pilihan kejohanan,” katanya.

Bekas pelari pecut negara Nazmizan Muhammad menerusi laporan Arena Metro semalam berharap Kejohanan Antara Bank dapat diwujudkan kembali kerana ia antara pentas terbaik untuk melahirkan atlet berkualiti.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");