Perak Hari Ini

El Nino: Fikir Jalan Penyelesaian Jangka Masa Panjang

BAGAN SERAI: Satu langkah penyelesaian jangka masa panjang perlu difikirkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani di Daerah Kerian bagi mengelakkan masalah yang sama berulang lagi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan kaedah penyelesaian jangka masa panjang seperti pembaikan saliran dan takungan bekalan air perlu diberikan perhatian khusus.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di kawasan sawah padi yang terjejas di sini.

PERAK TODAY 1

 

“Banyak kawasan yang terkesan dan terjejas berikutan musim kemarau ini dan di Daerah Kerian sendiri melibatkan seluas 4,600 hektar kawasan yang terjejas iaitu sebanyak 1,800 petani.

“Pengeluaran padi pada satu musim adalah sebanyak 36,000 metrik tan dan lawatan ini bertujuan bagi meninjau sendiri keadaan sebenar di sini dan membantu mereka yang terjejas,” katanya lanjut.

Tambahnya lagi, ia adalah satu kerugian yang besar kepada para petani berikutan bekalan padi menyumbang kepada keperluan beras negara.

“Dari segi holistik kita lihat jika terdapat kejatuhan dari segi kuantiti pengeluaran padi jadi kepentingan negara akan terjejas,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pemerhatian terhadap jadual penanaman padi adalah perlu bagi memastikan bekalan mencukupi malah penyediaan pam di sesuatu lokasi adalah perlu bagi tujuan kecemasan.

PERAK TODAY 3

“Jika bekalan beras berkurangan,kerajaan adalah fleksibel dalam polisinya iaitu tetap melindungi pengeluaran tempatan dan akan mempertimbangkan bekalan daripada luar,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, sebanyak RM4 juta peruntukan telah diluluskan bagi menyediaan telaga tiub dan pam untuk kegunaan di lokasi yang memerlukan  seluruh negara.

Setakat ini juga sebanyak 300,000 petani semua jenis tanaman dalam negara ini telah terjejas berikutan keadaan kemarau yang dihadapi negara kini.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");