Isu Panas

Elak jadi ‘perwakilan sifar’

Kuching: Masyarakat Cina di negeri ini digesa memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili masyarakat itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, jika masyarakat Cina mahu wakil dan pemimpin mereka kekal dalam pentadbiran negeri, mereka perlu menyokong calon BN.

“Sekiranya calon Cina dalam BN negeri kalah lagi kali ini, ia menyebabkan ‘perwakilan sifar’ bagi orang Cina dalam kerajaan negeri.

“Sekarang tidak ramai calon BN menjadi wakil orang Cina dalam pentadbiran negeri,” katanya ketika Majlis Pecah Tanah Dewan Serbaguna Chung Hua No 4, di sini, semalam.

Abang Johari berkata, ada ramai muka baru yang akan bertanding dalam PRN-11 dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mewakili masyarakat Cina di negeri ini.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");