Sukan Hari Ini

‘Elak kesilapan mudah’

PEMAIN Selangor diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan mudah menjelang aksi Liga Super menentang Pulau Pinang di Stadium Selayang, malam ini.

Ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, pemain Merah Kuning perlu mengelak kesilapan kerana Pulau Pinang memiliki penyerang yang juga pakar sepakan percuma, Faiz Subri.

“Kita akan awasi Faiz, pada masa sama Selangor perlu elak lakukan kesilapan sehingga membuka peluang kepada Pulau Pinang mendapat sepakan percuma.

“Apa pun, Selangor komited memburu kemenangan dalam pertembungan malam ini untuk terus mencabar kejuaraan Liga Super,” katanya.

Zainal berkata, The Red Giants sudah pun merencanakan strategi terbaik dalam memastikan tiga mata milik tuan rumah malam ini.

“Pulau Pinang seri ketika menentang Kedah di Darul Aman, 9 April lalu, jadi mereka bukan lawan mudah buat Selangor. Kita harus waspada kemaraan mereka,” katanya yang akan menurunkan barisan terbaik.

Mengenai status beberapa pemain Red Giants, Zainal berkata, Hafiz Kamal berkemungkinan tidak akan diturunkan malam ini.

“Gopinathan, kita akan periksa dulu tahap pemulihannya, Razman Roslan akan kembali beraksi,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");