Perak Hari Ini

Enggang Jinak, Tarikan Di Teluk Nipah

PANGKOR:Hanya pada mulanya sekadar hobi kini aktiviti memberi memberi makanan kepada Burung Enggang telah menjadi satu tarikan pelancong apabila berkunjung ke Pulau Pangkor.

Penulis turut diberi peluang memberi makan kepada enggang liar tersebut dan ianya adalah satu pengalaman yang cukup menarik.PERAK TODAY 3

Lokasinya berhadapan dengan Sunset View Chalet Teluk Nipah di sini pada setiap jam 6.30 petang burung enggang liar tersebut mula kelihatan berlegar-legar menanti habuan yang akan disajikan.

PERAK TODAY 9
Pemilik Sunset View Chalet, Noordin Bin Bakar (Pak Din Burung)

Pemilik Chalet, Noordin Bin Bakar atau tidak asing lagi dengan gelaran ‘Pak Din Burung’ menjadikan aktiviti tersebut kini sebagai satu tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Teluk Nipah.

Sejak mengusahakan chalet sekitar tahun 2001, Pak Din mendapati burung tersebut sering berlegar-legar di kawasan tersebut terutamanya pada waktu petang.

“Pada mulanya saya hanya memberi makan burung enggang sekadar mengisi masa lapang dan setelah melalui satu eksperimen yang bermula dengan memberikannya makan buah-buahan iaitu pisang saya mula berminat mendekatinya.

“Saya sediakan para letakkan pelbagai jenis makanan dan saya perhati burung ini memakan buah pisang hampir 3 bulan setiap jam 6 petang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

PERAK TODAY 1Tambahnya lagi, setelah setahun melakukan eksperimen dengan memberi makanan kepada burung tersebut jumlahnya didapati semakin bertambah.

Menceritakan pengalamannya, burung enggang yang diberi nama Awang sehingga ke hari ini menjadi pengunjung setia menanti hidangan di tangan pemberian oleh Pak Din sendiri.

“Awang adalah burung pertama yang datang dan makan diatas tangan saya, dan sehingga kini Awang boleh dikatakan akan datang 2 dan 3 kali seminggu,” katanya lagi.

Beliau juga pernah dikunjungi oleh peminat burung seperti Malaysia Nasional Society bagi menangkap gambar burung enggang tersebut secara dekat dan turut tertarik dengan idea kreatif Pak Din.

PERAK TODAY 5

“Ia semata-mata suka dan menjadi satu hobi kini tanpa bunyi wisel burung tersebut akan mula berkeliaran untuk menanti makanan,” katanya.

Di Pulau Pangkor katanya terdapat dua spesis enggang yang banyak dilihat adalah iaitu jenis enggang kelinking atau enggan papan yang digelar oleh penduduk di sini.

Tambahnya lagi, kini jumlah kehadiran burung enggang ke situ boleh mencecah sehingga 70 ekor dalam satu masa dan dianggarkan sebanyak lima kilo pisang disediakan untuk burung-burung itu sehari.

“Burung enggang di sini sudah menjadi jinak dengan manusia malah setelah 14 tahun di sini ia telah menjadi lokasi kemestiannya,”katanya lanjut.

PERAK TODAY 2

Pada masa yang sama beliau kini sangat memerlukan  bantuan peruntukan daripada pihak berkenaan bagi pembinaan pelantar khusus untuk memberi makanan kepada enggan yang lebih baik dan selamat.

“Saya memerlukan pelantar khas untuk memudahkan pemberian makanan kepada burung enggang iaitudi belakang chalet ini kerana kawasan kini adalah di atas jalan raya dan agak bahaya kepada pengunjung.

PERAK TODAY 6

“Ia perlu ditambah baik dan peruntukan bagi pembinaan pelantar itu dianggarkan hampir RM100,000 kita perlu memberi keutamaan kepadanya sempena tahun melawat Perak 2017  ini,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk memberi makanan atau menyumbang buahan kepada Pak Din untuk diberikan kepada enggang boleh berbuat demikian dengan menghubungi beliau di talian (012-4082297).

PERAK TODAY 8

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");