Sukan Hari Ini

Enrique pertahan pemain

PENGENDALI Barcelona, Luis Enrique mahu dirinya dipersalahkan selepas kelab itu tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara.

Kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid itu menyaksikan Barca gagal dalam misi mempertahankan trofi Liga Juara-Juara yang dimenangi, musim lalu.

“Bukan salah pemain. Saya 99.9 peratus untuk dipersalahkan dalam hal ini kerana sayalah jurulatih. Jadi saya perlu bertanggungjawab.

“Ini bukan persembahan terbaik kami. Apa pun, kami harus bersikap tenang kerana ada dua pertandingan lagi yang perlu ditempuhi,” katanya.

Kekecewaan Barca ditambah apabila pengadil perlawanan, Nicola Rizzoli enggan memberikan penalti kepada pasukan itu pada minit-minit akhir perlawanan selepas tendangan Andreas Iniesta jelas terkena tangan Gabi di dalam kotak penalti.

Sebaliknya, Rizolli sekadar menghadiahkan Barca sepakan percuma di luar kotak penalti.

Kekalahan itu adalah yang ketiga buat Barca dalam empat perlawanan selepas mengharungi 39 perlawanan tanpa kalah sejak enam bulan lalu dalam usaha menjadi pasukan pertama mengekalkan trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam era moden.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");