Perak Hari Ini

‘Expressions From Above Kamil Shafie’ Pamer Lukisan Peribadi

IPOH:Pameran solo ‘Expressions From Above Kamil Shafie’ bakal berlangsung semalam sebulan bermula pada 12 April sehingga 12 Mei ini.

Pameran tersebut merupakan kerjasama antara Persatuan Pelukis Perak dan Dewan Undangan Negeri Perak yang mana ianya mempamerkan lukisan peribadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Muhammad Kamil Shafie.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi penganjuran pameran itu adalah untuk membantu memperkenalkan bakat anak Perak yang ada juga menjadi salah satu strategi mempromosikan Ipoh sebagai hub untuk warisan dan kebudayaan.

PERAK TODAY 2

“Kita berusaha untuk membuka galeri seni khusus di bandaraya Ipoh dan mengharapkan dengan adanya promosi seperti menaja para pelukis dengan pengajuran pameran bukan sahaja pada peringkat domestik,” katanya pada satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, pameran ini juga merupakan pameran solo yang akan dijadikan sebagai salah satu platform bagi mengembangkan bakat seni di negeri ini.

Sementara itu, Kamil yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak menjelaskan bahawa pameran solo yang pertama miliknya itu bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti seni di Perak dan mengalakkan orang muda yang meminati seni ‘tampak’ untuk lebih aktif lagi.

PERAK TODAY 1

“Pihak kerajaan sentiasa memberi ruang yang luas kepada pelukis dan pencinta seni dengan menyediakan beberapa program anjuran di bawah Tourism Perak sempena tahun melawat negeri Perak 2017,” katanya lanjut.

Mengulas pula mengenai cadangan pembinaan balai seni Visual Perak, tegasnya ia adalah usaha yang baik malah wujudnya kelak ia akan menyemarakkan aktiviti apabila terdapatny ruang khusus untuk bekarya itu kelak.

“Ia akan direalisasikan kelak, latar belakang seni merupakan satu kerjayanya dahulu dan tidak mengambil masalah untuk mengetengahkan selain keutamaan kepada rakyat,” katanya lagi.

Tambahnya lagi kerajaan negeri sentiasa mencari lokasi lain dengan kerjasama persatuan Pelukis Perak bagi menganjurkan pameran tersebut di lokasi seterusnya.

“Kami juga akan mengadakan beberapa bengkel keseniaan akan dijalankan bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya lagi.

Tambahnya Kamil lagi, fokusnya kini adalah tertumpu kepada aktiviti kesenian dan menggalakkan golongan muda turut serta dalam aktiviti berkenaan.

“Saya boleh bercerita bahawa di negeri ini juga mempunyai bakat malah saya juga menceburi bidang seni sejak tahun 2010 lagi, katanya.

Pameran tersebut mempamerkan koleksi beliau sendiri iaitu sebanyak 35 karya malah tegasnya koleksi kini melebihi daripada 70 lukisan dan bukannya untuk jualan serta sumbangan.

Terdahulu,majlis pembukaan rasmi pameran tersebut yang telah dilancarkan semalam oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertempat di perkarangan aras dua, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) di Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");