Jenayah

Gajah mati lepas bawa pelancong

PHNOM PENH – THAILAND. Seekor gajah betina tua yang dilatih membawa pelancong di Angkor Wat, Kemboja, dilaporkan mati, tidak lama selepas mengangkut dua pelancong ke salah sebuah kuil di taman arkeologi itu.

Menurut laporan Phnom Penh Post, gajah yang dianggarkan berusia antara 40 hingga 45 tahun itu mati Jumaat lalu berhampiran Gunung Bakheng selepas berjalan selama kira-kira 40 minit.

Jurucakap syarikat Angkor Elephant berkata, doktor haiwan membuat kesimpulan bahawa haiwan tersebut mati akibat serangan jantung yang disebabkan suhu tinggi dan kekurangan oksigen.

Gambar gajah itu yang dimuat naik di laman Facebook oleh Yem Senok telah dikongsi lebih 8,000 individu dan ia mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna lain laman itu terutamanya aktivis pencinta haiwan. – Straits Times/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");