Panasnya Hari Ini

Gelar Dr Zakir Naik ‘syaitan’, Ramasamay Kesal

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Profesor P. Ramasamy melahirkan rasa kesal kerana telah menggelarkan  tokoh pendakwah Islam dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

Dalam kenyataan media pada selasa, Ramasamy berkata beliau kesal kerana kenyataan tersebut yang dibuat dalam laman Facebook rasmi beliau telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Terdahulu, pusat khidmatnya yang terletak di Taman Chai Leng, Prai telah dilontar molotov cocktail pada awal Selasa.

Memetik sumber Astro Awani, kejadian kira-kira jam 3 pagi itu disedari seorang petugas pusat khidmat Ramasamy selepas terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.

Hasil pemeriksaan mendapati hanya berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu premis berkenaan dan satu laporan polis telah dibuat di balai polis Taman Chai Leng sejurus kejadian tersebut berlaku.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Seberang Prai tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut dan berkata siasatan mengenai perkara itu masih dijalankan.

Ramasamy turut mengakui telah memuat naik status yang melabelkan Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ kerana mendakwa pendakwah itu telah menimbulkan kebencian terhadap agama lain, selain dari Islam pada Ahad lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");