Jenayah

Geng aktif curi motor tumpas

PUCHONG – Polis menahan empat lelaki dan berjaya menemui semula sembilan rangka motosikal serta 39 komponen kenderaan itu yang dipercayai dileraikan kumpulan terbabit sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, bertindak atas maklumat, Ketua Balai Polis Bukit Puchong, Asisten M Harikrishnan bersama sepasukan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) mengadakan intipan dan serbuan.

Menurutnya, penahanan suspek berusia lingkungan 20-an di Kampung Seri Aman itu berjaya menemukan polis dengan alat komponen motosikal yang dicuri sebelum itu.

Beliau berkata, hasil siasatan selanjutnya, suspek menunjukkan polis tujuh rangka motosikal yang diletakkan di jambatan Lorong Berkat 1 kira-kira jam 2.30 petang, Rabu lalu.

“Rangka motosikal yang ditemui termasuk tiga jenis Honda EX5 dan empat lagi masing-masing jenis Yamaha Lagenda, Yamaha 125z, Yamaha 135lc dan Kawasaki,” katanya.

Suspek katanya, turut menunjukkan dua lagi rangka motosikal masing-masing jenis Modenas Kriss dan Honda 110KCS yang diletakkan di jambatan itu kira-kira jam 3 petang, hari sama.

Beliau berkata, kesemua suspek masih direman bagi membantu siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");