Sukan Hari Ini

Gomez rehat tonggak utama

Johor Bahru: Tiada kelibat empat tonggak import diturunkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) berdepan Ayeyawady United pada saingan Kumpulan H Piala AFC di Yangon, Myanmar, petang ini.

Malah pengendali Johor DT Mario Gomez menegaskan keputusan itu diambil bagi memastikan Hariss Harun, Jorge Pereyra Diaz, Juan Martin Lucero dan Marcos Antonio lebih bersedia untuk berdepan Kedah di laman sendiri pada aksi separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu ini.

Beliau juga mengesahkan kapten Safiq Rahim, Farizal Marlias, Fazly Mazlan, Aidil Zafuan Radzak dan S Kunanlan turut tidak bersama skuad Harimau Selatan ke Myanmar.

“Kami ada tugasan lebih getir Sabtu ini dan semua pemain yang tidak menyertai Johor DT ke Myanmar kini berlatih di bawah kendalian penolong jurulatih Raul Linghi di Johor Bahru bagi memastikan mereka bersedia untuk pertarungan separuh akhir Piala FA.

“Langkah ini dibuat memandangkan kami kesuntukan masa kerana hanya akan pulang ke Johor Bahru, Khamis ini dan sudah pasti tiada masa membuat persiapan lebih rapi malah segala program latihan sudah dirangka kepada pemain yang tidak bersama pasukan ke Myanmar.

“Saya akan mempertaruhkan barisan pemain tempatan dan optimis mereka mampu mempamerkan aksi terbaik bagi buruan tiga mata kerana kami impikan rekod bersih kemenangan dan mahu kekal selaku juara Kumpulan H pada saingan Piala AFC,” katanya.

Gomez juga tidak menolak akan menurunkan Akram Mahinan beraksi di posisi tengah namun belum pasti sama ada pada babak pertama atau kedua selain gandingan Safee Sali dan Amri Yahyah yang akan mengemudi jentera serangan.

Beliau menegaskan 100 peratus pemain yang beraksi adalah pemain tempatan dan ia peluang terbaik buat setiap pemain mempamerkan aksi baik walaupun berdepan kesukaran bermain dalam keadaan cuaca panas.

“Gandingan Junior Eldstal dan Fadhli Shas akan mengemudi benteng pertahanan manakala Izham Tarmizi Roslan akan ditugaskan menjaga gawang Johor DT dan saya percaya kesebelasan yang diturunkan mampu membawa pulang tiga mata,” ujar Gomez.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");