Sukan Hari Ini

Hampir lepasi ‘laluan berduri’

Madrid: Pertahanan Atletico Madrid Filipe Luis melihat ada persamaan di antara laluan pasukannya ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan kehebatan perjalanan Leicester City untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris.

Leicester kini menghampiri misi melengkapkan pengembaraan luar biasa daripada pasukan bukan pilihan kepada juara Inggeris selepas Tottenham Hotspur seri 1-1 dengan West Brom awal pagi semalam untuk memastikan Foxes hanya memerlukan satu kemenangan untuk menjulang gelaran itu.

Seperti Leicester yang berjaya mengatasi halangan dan membiarkan pasukan kaya seperti Chelsea, Arsenal, Manchester City dan United ketinggalan berikutan kebangkitan mereka, Atletico berjaya mengatasi masalah kurang kuasa belian berbanding pencabar Liga Juara-Juara untuk mara ke separuh akhir.

“Melihat kepada apa yang berlaku kepada Leicester tahun ini, mereka hanya pasukan sederhana dan hampir menjadi juara Liga Perdana Inggeris,” kata Filipe.

“Cerita epik berlaku dalam bola sepak. Biarpun ada perbezaan dalam bajet kami, kami bergerak sebagai satu pasukan.”

Menurut Deloitte Money League, yang meletakkan pasukan bola sepak terkaya mengikut hasil sepanjang musim 2014-15, Atletico memperoleh 187 juta euro (RM827 juta).

Bayern Munich memperoleh 477 juta euro (RM2.11 bilion) manakala pasukan lain dalam empat pasukan terakhir, Real Madrid dan Manchester City masing-masing meraih 557 juta euro (RM2.46 bilion) dan 463.5 juta euro (RM2.05 bilion).

Leicester, kini mendahului tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan baki tiga perlawanan berada di tangga ke-24 dengan 137 juta euro (RM606.4 juta) dan pasukan Inggeris di tangga ke-12 tertinggi dalam laporan itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");