Panasnya Hari Ini

Hanya Kerana Penafian Bukti Najib Tidak Bersalah – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya kerana penafian yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung salahlakunya sebagai Perdana Menteri, maka ianya bermakna Najib tidak bersalah.

“Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka (media asing) semuanya tidak boleh diterima, kata konco-konconya.

“Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk Peguam Negara mendakwa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah,”jelasnya menerusi catatan terbaru di blog beliau, chedet.cc.

Kata bekas Presiden UMNO itu lagi, disebabkan penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

Tun Mahathir berkata, ia seolah-olah mereka menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukannya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, ini bermakna ia tidak salah.

“Ketua Bahagian UMNO dan wakil rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan wakil rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.

“Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya ‘HRH Prince Saudi Abdul Aziz Al-Saud’ yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma USD375 juta kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut mempersoalkan kenyataan Peguam Negara yang mengatakan RM2.03 bilion dari RM2.6 bilion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulangkan semula kepada penderma.

“Apa bukti ia dipulang balik kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

“Nampaknya kita sedang melihat pertandingan ‘cash’ (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair.

“Tetapi bagi Ketua Bahagian dan wakil rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata,”ujarnya.

Di akhir penulisannya, beliau mengharapkan agar Najib berhenti menafikan dakwaan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri memandangkan rakyat Malaysia dan penduduk dunia sudah tahu.

“Nazir Razak (adik Najib) sendiri mengaku ia diberi USD7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

“Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia,”ujarnya.

Tun Mahathir juga turut menyenaraikan 53 media, akhbar dan televisyen yang melaporkan tentang Najib, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");