Sukan Hari Ini

Harga tiket bakal juara EPL melambung

Leicester: Tiket untuk menyaksikan perlawanan terakhir Leicester di tempat sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditawarkan pada harga £15,000 (RM83,200) untuk dua keping melalui jualan atas talian dalam laman web.

Perlawanan 7 Mei menentang Everton bakal menyaksikan Foxes dinobatkan selaku juara liga, habis terjual dalam masa 90 minit, semalam.

Tidak sampai beberapa jam jualan tiket individu diiklankan pada harga lebih £3,000 (RM16,600) setiap satu dan dua keping pada harga lebih tinggi.

Bagaimanapun kelab itu memberi amaran ‘akan mengambil tindakan terhadap sebarang usaha menjual semula tiket harga’ atau cubaan menjual tiket ‘melebihi harga nilai muka’.

Leicester kini berada tujuh mata di hadapan pencabar terdekat Tottenham dengan berbaki lima perlawanan.

Mereka sudah mengesahkan kedudukan untuk beraksi dalam Liga Juara Juara musim depan dan hanya perlu menang tiga perlawanan lagi untuk menjulang gelaran EPL.

Skuad Claudio Ranieri akan berdepan West Ham dan Swansea di Stadium King Power diikuti Manchester United di Old Trafford dan menghadapi Everton bulan depan.

Perlawanan terakhir musim adalah di tempat lawan menentang juara tahun lalu, Chelsea pada 15 Mei.

Stadium King Power mempunyai kapasiti seramai 32,262 penonton. BBC SPORT UK-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");