Sukan Hari Ini

Harimau Kumbang patah taring

Georgetown: Pulau Pinang sekali lagi gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas kalah tipis 2-3 kepada Terengganu II (TFC II) pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Permainan pada separuh masa pertama dipamerkan Harimau Kumbang ternyata hambar hingga mengecewakan penyokong ditambah kesebelasan pemain gagal memperagakan aksi konsisten biarpun banyak peluang diperoleh sepanjang perlawanan.

Gol pertama pelawat dihadiahkan Asrol Ibrahim pada minit ke-32 diikuti jaringan kedua menerusi Patrick dos Santos pada minit ke-41.

Persembahan pasukan kendalian pemangku ketua jurulatih Pulau Pinang Manzoor Azwira Wahid itu dilihat tumpul di barisan hadapan apabila gagal mengutip sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, tuan rumah mula memberi tumpuan pada babak kedua apabila berjaya menyumbat gol pertama mereka pada minit ke-67 menerusi pemain import, Reinaldo Rodrigues Lobo.

Selang beberapa minit, satu lagi gol Pulau Pinang dijaringkan Osas Mervellous Ikpefua pada minit ke-75 dan keadaan terikat 2-2.

Pulau Pinang bagaimanapun dikecewakan dengan jaringan ketiga TFC II yang dijaringkan Dos Santos pada minit ke-87 untuk mengesahkan kemenangan skuad Pantai Timur itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");