Panasnya Hari Ini

Hasan Selar Tindakan Tony Pua Burukkan Laporan PAC

KUALA LUMPUR: Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin hari ini menyelar tindakan Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua yang memburuk-burukkan laporan PAC berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau menyifatkan bahawa ia merupakan satu perbuatan oportunis politik yang menjengkelkan.

Jelasnya, tindakan politik seperti itu dilihat merendah dan memburukkan proses bebas dan tidak berpihak yang dilaksanakan PAC, di mana Pua sendiri mengangkat sumpah sebagai anggotanya.

“Saya ingin menegaskan dan mengingatkan kepada Tony Pua keputusan dibuat oleh kesemua 14 anggota PAC secara sebulat suara atau konsensus dan beliau salah seorang daripada anggota yang mencapai konsensus itu,” kata Hasan dalam kenyataan hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Tegasnya, beliau sebagai pengerusi akan memastikan penilaian terhadap sesuatu dokumen akan disediakan dan pengambilan kenyataan dilaksanakan sekiranya konsensus jawatankuasa itu memerlukan penilaian terhadap sesuatu dokumen atau mendapatkan kenyataan saksi.

Tambahnya, pada peringkat itu nanti, sekiranya terdapat anggota jawatankuasa merasakan keperluan memperoleh maklumat lebih terperinci, mereka akan mengutarakannya pada prosiding yang dijalankan yang mana objektif utama ialah bagi menyediakan analisa terperinci mengenai transaksi 1MDB untuk dibentangkan kepada Parlimen.

Beliau berkata, sepanjang pengauditan, PAC telah mematuhi segala proses terperinci dan jelas bagi memastikan ia bebas dan tidak berpihak.

“Kesemua anggota PAC secara konsensus telah menyatakan persetujuan dengan jelas tanpa sebarang paksaan dan keraguan serta dicatatkan melalui minit prosiding laporan yang disediakan dan hasil siasatannya,” kata beliau.

Laporan PAC mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen pada Khamis lepas. PAC dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, Pua yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga berkata siasatan PAC ke atas 1MDB menjadi sukar selepas pertukaran pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");