Panasnya Hari Ini

Hasrat Tan Sri Zeti Semakin Malap – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk mengambil tindakan pentadbiran dan penguasaan yang sesuai terhadap 1MDB semakin malap.

Ujarnya lagi, ini kerana hasrat Zeti untuk melihat isu 1MDB selesai sebelum beliau bersara pada bulan ini nampaknya tidak akan kesampaian.

“Bulan April sudah hampir penghujungnya, nampaknya hasrat Tan Sri Zeti untuk mengambil ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah USD$1.83 bilion yang berada di luar negara semakin malap atau tiada sebarang bunyi kedengaran daripada Peguam Negara.

“Bukan itu sahaja, hasrat Tan Sri Zeti untuk melihat isu 1MDB selesai sebelum beliau bersara nampaknya susah kesampaian,”ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Berikutan itu, PAS sekali lagi menegaskan bahawa Gabenor Bank Negara yang baru perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik dan mereka yang pernah terlibat dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mana-mana parti politik Barisan Nasional mestilah ditolak sebagai calon Gabenor Bank Negara yang baru.

“Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu-satunya institusi yang masih dipercayai rakyat Malaysia, perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik.

“Jika tiada pengganti yang sesuai kepada Tan Sri Zeti belum dapat disepakati, PAS mendesak agar Tan Sri Zeti diberikan lanjutan kontrak bagi memenuhi hasratnya melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum beliau bersara,”tegas beliau.

Dalam masa yang sama, Tuan Ibrahim berkata, Perdana Menteri perlu memberi jaminan bahawa BNM akan bebas daripada campurtangan politik bagi membina keyakinan pelabur dan integriti BNM dapat dipertahankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");