Sukan Hari Ini

Hawks masih belum selesa

KEJAYAAN menewaskan DRB-Hicom 2-1 pada aksi Liga Perdana di Selayang kelmarin, membolehkan Kuala Lumpur terus kekal meneraju liga, lapor JANATUL FIRDAUS YAACOB.

Bagaimanapun, kedudukan City Boys yang mengumpul 17 mata setakat ini diekori rapat pencabar lain terutamanya Negeri Sembilan (15 mata) dan Melaka United (15 mata) yang masing-masing menghuni tangga kedua dan ketiga.

Bagi pengendalinya, Ismail Zakaria masih terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk memastikan Kuala Lumpur terus mengekalkan status selaku pendahulu.

“Saya bersyukur KL kini mendaki kedudukan pendahulu liga tapi saya mahu bahagian tengah menampilkan aksi lebih baik begitu juga bahagian serangan yang dilihat banyak melepaskan peluang.

“Mereka kena ingat walaupun di puncak liga tapi kena waspada apabila di atas, banyak pasukan lain yang cuba menjatuhkan, oleh itu harus sentiasa berhati-hati,” katanya.

Ismail turut mengingatkan pemainnya supaya tidak cepat berpuas hati sebaliknya sentiasa memperbaiki kelemahan.

Turut berkongsi impiannya, Ismail berkata, sejak awal tahun memimpin The Hawks beliau menyimpan hasrat untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana.

Mengulas aksi berikutnya berdepan Perlis, Ismail berkata, lawan mereka itu bukan pasukan belasahan bahkan tidak mudah dijinakkan.

“Tempoh rehat 10 hari tanpa perlawanan sebelum bertemu Perlis ini akan dimanfaatkan sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan pasukan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");