Sukan Hari Ini

Hazard temui sentuhan

EDEN Hazard percaya dua gol yang dijaringkannya ketika membantu Chelsea menewaskan Bournemouth 4-1 kelmarin bakal menjadi titik penting kepada kebangkitan semula prestasinya.

Kata Hazard, perasaannya cukup teruja selepas berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea musim ini.

“Saya tidak menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Itu terlalu lama dan saya harap dengan gol ini, saya mampu bangkit kembali,” katanya.

Sebelum ini, prestasi Hazard tidak menentu selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan liga musim lalu selain baru kembali pulih daripada kecederaan beberapa hari yang lalu.

Dia juga mahu rakan sepasukan yang sebelum ini tewas kepada Swansea City dan Manchester City menang kesemua baki empat perlawanan terakhir.

“Selepas alami dua kekalahan sebelum ini, kami berjaya meraih kemenangan dan ini amat menggembirakan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");