Berita Hari Ini

Himpunan mansuh GST tanpa kebenaran polis

KUALA LUMPUR – Himpunan Undur Najib dan Mansuh GST anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Dataran Merdeka, petang kelmarin, dijalankan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan tiga kali dengan penganjur dan mencadangkan supaya perhimpunan diadakan di Padang Merbok.

“Penganjur juga dinasihatkan supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) dalam apa jua perhimpunan yang hendak dianjurkan, termasuk kebenaran daripada pemilik lokasi penganjuran.

“Namun pada petang Sabtu, pihak penganjur mengadakan perhimpunan dan perarakan dari Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman hingga ke Dataran Merdeka bersama beberapa pemimpin penganjur yang turut membuat ucapan.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Md Ali; Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Salahuddin Ayub, Tian Chua serta beberapa pemimpin parti pembangkang menyertai dan memberi ucapan pada perhimpunan yang dianggarkan seramai 1,800 orang,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Bagaimanapun, perhimpunan yang berakhir pada jam 5.30 petang tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.

“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada individu yang didapati menyalahi undang-undang,” katanya.

Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan GST dan menuntut tiga perkara iaitu reformasi menyeluruh ke atas sistem institusi negara, kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus segera meletak jawatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");