Isu Panas

Ikatan, PAS Tubuh Sekretariat Ketengah Isu Politik

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan PAS telah menubuhkan sebuah sekretariat bersama bagi merangka kertas cadangan bagi menangani pelbagai isu politik dan permasalahan rakyat.

Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kertas cadangan itu dijangka akan dikemukakan kepada pihak kerajaan bulan depan – selepas pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

“Pihak Ikatan dan PAS akan membentangkan cadangan asas yang berbentuk format Memorandum Persefahaman (MoU) dan engage dengan pihak kerajaan dengan menyatakan pandangan kami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Ikatan di Harrolds Cafe di sini Selasa.

Abdul Kadir berkata kertas cadangan itu akan menekankan dua perkara penting antaranya isu rasuah, pasaran harga getah di Malaysia selain akan mengetengahkan isu pendapatan petani sawah padi. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");