Sukan Hari Ini

Import layu

Kota Bharu: Trio import Kelantan digesa mempamerkan taring sebenar selaku pemain profesional dalam pertemuan menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Gesaan oleh ketua jurulatih K Devan itu susulan Dramane Traore, Jonatan Lucca dan Blazhe Illijoski yang dilihat masih gagal mempamerkan aksi terbaik sejak menyertai skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Bagi Devan, baki enam perlawanan adalah peluang terbaik mereka membuktikan kemampuan sekiranya masih mahu kekal bersama pasukan.

Katanya, kecuali Illijoski, Traore dan Lucca diakui masih gagal berperanan tetapi beliau masih optimis dengan keupayaan kedua-dua import itu.

“Ada perubahan dari segi kualiti permainan yang ditunjukkan Illijoski, namun Traore dan Lucca masih kurang menyerlah. Mereka perlu bangkit segera.

“Sepanjang tiga minggu berehat daripada sebarang perlawanan, tumpuan banyak kepada persiapan fizikal dan mental semua pemain dan saya lega kerana mereka di tahap terbaik.

“Tempoh ini juga dimanfaatkan untuk membaiki kelemahan terutamanya teknik serangan dan penyudah gol.

“Saya sangat optimis dan Kelantan akan mempamerkan corak permainan lebih ‘garang’ dalam baki perlawanan ini,” katanya.

Kelantan kini menghuni tangga kelima dengan lapan mata, manakala TFC II di tangga ke-10 dengan tiga mata.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");