Sukan Hari Ini

Irfan Bakti beri Gilberto amaran

TINGKAT prestasi dalam setiap perlawanan.

Itu peringatan diberikan pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim kepada pemain pertahanan, Gilberto Carlos Filho yang dilihat gagal mempamerkan kualiti selaku pemain import, lapor JANATUL FIRDAUS YAACOB.

Menurutnya, dia masih memberi peluang kepada import Brazil itu meningkatkan mutu permainannya sebelum jendela perpindahan pemain dibuka

“Isu saya kecewa dengan prestasi hambar dipamerkan Gilberto itu sudah selesai, tidak pula saya beri dia surat amaran atau kenakan tindakan.

“Mengenai pertukaran pemain pula, masih terlalu awal untuk bercakap soal itu.. ada dua bulan lagi. Lagipun saya perlu bincang dengan pengurusan Felda United terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Irfan menjelaskan, setiap pemain harus diberikan demi keadilan.

“Salah tetap salah tapi peluang kena bagi untuk keadilan kepada semua pemain,” katanya.

Baru-baru ini, Irfan meluahkan kekecewaannya susulan persembahan hambar Gilberto yang gagal menyekat kemaraan pemain Perak hingga menghasilkan gol.

Dalam pertemuan Liga Super di Stadium Perak, Ahad lalu, Fighters yang juga pendahulu kecundang 2-3 sekali gus gagal melebarkan jurang mata dan terus diekori rapat Johor Darul Ta’zim (JDT).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");