Sukan Hari Ini

Irfan Bakti kecewa prestasi hambar Gilberto

PENGENDALI Felda United, Irfan Bakti Abu Salim nyata kecewa dengan persembahan hambar pertahanan importnya, Gilberto Carlos Marangoni Filho yang gagal menyekat kemaraan pemain Perak hingga menghasilkan gol.

Katanya, selaku pemain import sepatutnya Gilberto memiliki kelebihan berbanding pemain tempatan, namun sebaliknya yang berlaku apabila dua gol dihasilkan The Bos Gaurus berpunca dari kegagalannya membaca hantaran pemain lawan.

“Memang saya kecewa dengan persembahannya Gilberto, dua gol terhasil apabila dia gagal membaca hantaran lawan dan tewas apabila bersaing dengan pemain lawan ketika bersaing mendapatkan bola.

“Sepatutnya dia perlu lebih berkualiti dan bertenaga berbanding pemain tempatan tetapi sebaliknya berlaku,” katanya.

Mengulas persembahan anak didiknya menentang Perak, malam kelmarin, Irfan Bakti mengakui ruang terlalu banyak ruang diberikan kepada pemain tengah tuan rumah nyata membawa padah walaupun berjaya mendahului tuan rumah pada separuh masa pertama.

“Pemain tengah Perak diberikan ruang terlalu banyak, ini adalah kesilapan kita walaupun mendahului lawan pada separuh masa pertama.

“Kami perlu lupakan kekalahan ini dan bangkit pada perlawanan seterusnya,” jelasnya yang memuji tahap konsisten Francis Forkey Doe yang meledak dua gol pada perlawanan tersebut.

Pada perlawanan tersebut, rentak empat kemenangan berturut-turut yang dicipta sebelum ini gagal diteruskan Felda United apabila tewas 2-3 kepada Perak pada aksi di Stadium Perak.

Tuan rumah terlebih dahulu memecah jaringan pada minit ke-11 menerusi Muhammad Firdaus Saiyadi namun, penyerang import The Fighters dari Liberia, Forkey Doe, memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat menerusi jaringan pada minit ke-24 dan ke-32 sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun penyerang import Perak dari Brazil, Elias Fernandez De Oliveira, menjadi wira pasukan apabila mengegarkan gawang skuad Fighters dua kali dalam masa empat minit dengan menjaringkan gol pada minit ke-76 dan ke-80 untuk memastikan tiga mata mutlak buat Seladang.

Kekalahan ini bagaimanapun tidak mengugat kedudukan Fighters dipuncak liga dengan kelebihan jaringan walaupun berkongsi 21 mata dengan pesaing terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sekadar seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman dalam perlawanan terdahulu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");