Panasnya Hari Ini

Isu Banglo, Taman Manggis: Rakyat Pulau Pinang Jadi Mangsa Bukan DAP

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan yang menjadi mangsa kepada isu dakwaan penyelewengan membabitkan pembangunan di Taman Manggis, di  Pulau Pinang  bukannya parti DAP  sebaliknya adalah penduduk Malaysia yang berada di negeri tersebut.

“Bukan DAP yang menjadi mangsa, sebaliknya penduduk Malaysia yang berada di Pulau Pinang.

“Saya tidak merasakan tindakan Shabudin (Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya)? mendedahkan isu banglo atau taman perumahan menjadikan DAP sebagai mangsa.

“Sebaliknya yang menjadi mangsa adalah rakyat di negeri itu,” kata ,” ujarnya memetik sumber Sinar harian.

Terdahulu, isu berkaitan banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mula tersebar sebaik sahaja Shabudin mendedahkan mengenai hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Shabudin yang mendedahkan perkara itu pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen bulan lalu pihak berwajib seperti Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian hartanah terhadap banglo milik Guan Eng.

Malah beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");