Panasnya Hari Ini

Isu Dana RM2.6b Tidak Boleh Diungkit Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan bahawa semua soalan berkaitan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah subjudis.

Keputusan itu menyebabkan anggota Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang tidak lagi dibenarkan membangkitkan isu  tersebut di Parlimen.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, perkara itu ditegaskan menerusi nota kepada semua anggota Parlimen oleh Pandikar Amin yang turut berkata bahawa keputusan dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat No 23 (1)(g), menyatakan semua soalan tidak boleh didraf apabila ia berunsurkan prejudis kes yang dibicarakan, atau pertanyaan yang subjudis.

Perkara itu difahamkan selaras dengan semakan kehakiman yang difailkan Majlis Peguam terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung keputusan beliau untuk tidak mendakwa Perdana Menteri mengenai tindakan beliau menerima dana itu.

Situasi semakin meruncing apabila bekas Perdana Menteri memfailkan tindakan undang-undang ke atas Perdana Menteri, dengan kos ganti rugi sebanyak RM2.6 bilion.

Pandikar berkata, tindakan undang-undang oleh Dr Mahathir itu menyebabkan semua soalan berkaitan dana itu ditafsirkan sebagai subjudis.

“Saya mendapati pihak yang berkaitan dalam writ saman akan terjejas,” kata Pandikar seperti yang dinyatakan dalam nota itu seperti yang dilaporkan semalam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor melarang anggota Parlimen bertanya semua soalan berkaitan dana kontroversi sebanyak RM2.6 bilion.

Namun, Pandikar dipetik berkata, larangan itu ditangguhkan selepas bantahan daripada anggota Parlimen pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");