Perak Hari Ini

Isu Makanan Mahal: Pengguna, Peniaga Perlu Peka Dengan Harga

PANGKOR: Setiap pihak mempunyai peranan tersendiri dalam melindungi hak pengguna dan juga dalam masa yang sama hak peniaga tidak juga diketepikan.

PERAK TODAY 1
Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil (Melayu) Negeri Cawangan Pulau Pangkor Perak, Zamzurie Suid

Ianya berikutan sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang peniaga yang mengenakan caj berlebihan kepada pelancong kepada bercuti di pulau tersebut.

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil (Melayu) Negeri Cawangan Pulau Pangkor  Perak, Mohd Zamzurie Suid, pendekatan dan cadangan telah diambil supaya kejadian tersebut tidak lagi berulang.

Tambahnya insiden tersebut menjadi satu perhatian umum baru-baru ini namun tegas Zamzurie perkara ini berlaku disebabkan oleh tindakan segelintir peniaga di kawasan itu.

“Pihak kami akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagi memberi cadangan penjelasan daripada pihak persatuan dan pihak pengguna dalam situasi menang- menang.

“Kita berharap cadangan tersebut akan perhalusi dalam perjumpaan akan datang pada minggu hadapan dengan pihak terbabit iaitu Majlis Perbandaran Manjung dan KPDNKK dapat mengatasi masalah tersebut,” katanya kepada media pada satu sidang media di Teluk Nipah baru-baru ini.

Tambahnya lagi, Pihak persatuan menyifatkan teguran yang dilontarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai insiden itu sebagai teguran bapa kepada anak.

PERAK TODAY 7

Antara cadangan yang akan diperhalusi adalah dengan penekanan terhadap syarat etika perniagaan, cuba memperkenalkan sistem para pelancong akan lebih rasa mesra dengan peniaga.

“Kami juga ingin menggunakan pendekatan pengeluaran resit rasmi, bersetuju dengan peniaga dengan menwujudkan menu berpakej dengan harga yang berpatutan.

“Pakej menu tersebut bakal membantu para pengguna boleh menilai dan membuat pilihan mengikut kemampuan,” katanya lagi.

PERAK TODAY 9
Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil (Melayu) Negeri Cawangan Pulau Pangkor Perak, Rasli Ibrahim

Sementara itu menurut Timbalan Pengerusi Persatuan, Rasli Ibrahim yang juga menjalankan perniagaan di kawasan tersebut lebih 20 tahun menegaskan bahawa harga makanan adalah berdasarakan harga pasaran.

“Isu sebelum ini tidak pernah terjadi dan ia melibatkan hanya segelintir peniaga sahaja kerana kebanyakan perniaga adalah beragama Islam.

“Sekarang ini terdapat 50 buah gerai termasuk kiosk ada yang berlesen dan tidak berlesen hingga mengakibatkan insiden penipuan.

“Harga tersebut adalah cukup berpatutan, dan disebabkan ekonomi sedemikian kami tetap mempunyai timbang rasa mengambil kira pelancong yang kerap datang ke sini,” katanya.

Tambahnya lagi para pelancong perlu tampil dengan membawa bersama bukti tersebut jika berhadapan dengan masalah ditipu peniaga.

“Jika anda teraniaya sila dapatkan maklumat sebenar mengenai kedai makanan tersebut seperti nama kedai, resit untuk rujukan dan tindakan,” katanya.

PERAK TODAY 3

Tambahnya lagi, pihak persatuan tidak mempunyai hak untuk mengenakan tindakan bagaimanapun pihaknya boleh membantu merujuk aduan tersebut kepada pihak berkenaan.

Sementara itu pihak persatuan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atas keprihatinan beliau bagi mengatasi isu ini.PERAK TODAY 4

Kerajaan negeri katanya telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi memberi pembangunan semula dan pengindahan semula pantai Teluk Nipah.

Peruntukan itu katanya adalah bagi penyediaan penempatan kembali para peniaga dalam satu suasana yang harmoni dan pendekatan bagi membantu pelancong serta pengguna untuk menikmati percutian dalam keadaan santai.

“Peruntukan RM10 juta, akan diperjelaskan oleh Majlis Perbandaran Manjung adalah usaha untuk menyusun kembali perniagaan di sini dan memberi kepuasan kepada pelanggan kelak.

“Perniagaan dijangka akan lebih tersusun,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, projek pembangunan semula diharap dapat dipercepatkan bagi membantu para peniaga supaya disatukan dalam satu tempat yang lebih kemas dan tersusun kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");