Panasnya Hari Ini

Isu MB Johor : ‘Itu Semua Fitnah’ – Aziz Kaprawi

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi hari ini menafikan bahawa beliau adalah individu yang mengetuai satu kumpulan yang ingin menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan turut menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah kepada dirinya yang tidak tahu mengenai kewujudan gerakan itu seperti yang didakwa oleh seorang ahli UMNO, Shukur Mohamad.

“Yang pasti, saya tidak tahu menahu tentang adanya gerakan untuk guling Menteri Besar Johor. Kalau ada dakwaan cuba kaitkan saya yang ketuai gerakan tersebut, itu semua fitnah,”tegasnya, lapor Free Malaysia Today.

Jelas Aziz, hubungan beliau dengan Khaled sangat baik dan beliau sentiasa menyokong kepimpinan Menteri Besar Johor itu tanpa berbelah bahagi untuk terus menerajui Johor.

“Pihak yang membuat fitnah seperti ini sebenarnya sakit hati melihat hubungan baik yang terjalin antara saya dengan Khaled.

“Tujuannya antara lain mungkin untuk memecahbelahkan ahli UMNO negeri ini. Tak payahlah nak fitnah saya untuk rosakkan hubungan saya dengan UMNO Johor, terutamanya Khaled,”ujarnya.

Terdahulu, isu gerakan untuk menggulingkan Menteri Besar Johor mula tercetus apabila Shukur mendedahkan gerakan untuk menjatuhkan Khaled diketuai seorang Timbalan Menteri yang juga kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh pimpinan UMNO yang menyifatkan ianya sebagai mengarut dan membazir masa kerana tidak mungkin seorang ahli Parlimen dilantik menjadi Menteri Besar.

Shukur berkata, pendedahan itu dilakukan adalah kerana beliau ingin menyelamatkan kedudukan Khaled dan beliau bersedia untuk mendedahkan nama Timbalan Menteri itu sekiranya gerakan itu mengheretnya ke mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");