Panasnya Hari Ini

Isu MB Johor : Saya Hanya Mahu Fokus Tanggungjawab Yang Diamanahkan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini menegaskan bahawa beliau hanya ingin memberi tumpuan terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai dakwaan Shukur Mohamad bahawa terdapat gerakan yang cuba untuk menggulingkan beliau sebagai Menteri Besar.

“Saya mahu fokus terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya tidak boleh nak jawab apa-apa sebab yang pertamanya, orang yang cakap itu saya tidak tahu betul atau tidak. Kedua, kalau ada orang yang merancang, kena tanya dia, saya tidak boleh jawab itu semua,”katanya, lapor Utusan Malaysia.

Shukur yang merupakan anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Abdul Aziz sebelum ini mendakwa, seorang Timbalan Menteri mengetuai satu kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menukar Menteri Besar Johor.

Ianya berikutan terdapat dakwaan bahawa Khaled gagal menyatukan UMNO di negeri itu.

Dalam masa yang sama, Shukur berkata, beliau tidak dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana individu untuk mencetuskan kontroversi tersebut.

UMNO Johor menjadi tumpuan banyak pihak terutamanya selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO selain daripada Gabungan Ketua Cabang Malaysia (GKCM) yang menentang Najib ditubuhkan di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");