Panasnya Hari Ini

Isu PAC-1MDB: Beberapa Saksi Telah Dipanggil Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia adalah berikutan susulan laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen 7 April lalu.

Ujarnya, saksi terdiri daripada individu syarikat itu serta mereka yang terbabit dengan 1MDB.

Tambahnya lagi, beberapa individu lain, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi juga akan dipanggil selepas ini bagaimanapun beliau enggan menyatakan jumlah sebenar saksi terbabit.

“Saya tidak boleh tetapkan 10 orang atau 20 orang kerana ia bergantung kepada siasatan; siapa lagi perlu dipanggil, apa dokumen perlu kita minta untuk dikaji dan sebagainya.

“Jadi jangan tanya saya berapa (saksi) akan dipanggil, bila (siasatan) akan siap; bagi kita masa. (Setakat ini) ada beberapa orang telah dipanggil,” kata Khalid memetik sumber Astro Awani.

Beliau turut menjelaskan bahawa satu pasukan khas polis ditubuhkan Jumaat lalu dianggotai pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Pasukan khas yang diketuai Khalid itu dikatakan masih meneliti 106 muka surat laporan akhir PAC bagi melengkapkan siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara.

Beliau berkata demikian ketika selepas menghadiri program derma darah di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara,  di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");