Perak Hari Ini

Itu Hak Pembangkang Untuk Saman Speaker -DS Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata isu untuk menyaman Yang Dipertua Speaker, Datuk Seri SK Devamany adalah hak pembangkang berikutan penggantungan Leow Thye Yih (DAP-Aulong).

Ujarnya, pihaknya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang sekiranya pembangkang ingin membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Itu hak masing-masing. Kita tidak boleh menahan sesiapa. Macam saya nak saman ADUN Aulong lah, itu hak saya.

“Soal setuju atau tidak dari segi kandungan peruntukan (Buku Peraturan Dewan), itu adalah lebih kepada interpretasi dan saya lihat Speaker selaku ahli CPA (Commonwealth Parliamentary Association) yang mempunyai pengalaman baik dalam hal-hal berkaitan perjalanan Dewan.

“Jadi berdasarkan kepada pengalaman itu juga yang membolehkan beliau mendalami tentang sesuatu perkara,” ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan apa yang berlaku bukanlah disebabkan beliau sebagai Menteri Besar, sebaliknya ianya soal kedudukan seorang ahli Dewan baik dari kerajaan atau pembangkang.

Ujarnya, perkara yang sama mungkin juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dengan membuat tuduhan liar terhadap mana-mana ahli Dewan.

Zambry turut mempersoalkan tentang kejujuran dan keikhlasan pembangkang untuk menentang keputusan terhadap ADUN Aulong termasuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Speaker.

“Mereka lebih kepada menyerang Speaker Dewan. Tetapi saya melihat Speaker professional dengan memberikan ruang untuk mereka (pembangkang) melontarkan hujah-hujah mereka,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");