Panasnya Hari Ini

Jangan Bazir Masa Bahas Fitnah Berkaitan 1MDB

KUALA LUMPUR:Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihati rakyat supaya tidak membuang masa melayan fitnah membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia berikutan dengan laporan mengenainya yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Khamis lalu tegasnya telah menjawab segala fitnah yang dilontarkan.

Ujarnya, tanggungjawab kini adalah membersih imej negara yang sedikit tercemar akibat perbuatan penyebaran fitnah itu.

Tambahnya lagi, laporan PAC itu sudah menjawab segala fitnah yang dilemparkan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini.

“Kita sudah membazir masa membahaskan perkara ini dengan pelbagai fitnah dilontarkan kepada pemimpin dan negara lebih setahun lalu.

“Hakikatnya, ia sudah terjawab dan kini rakyat harus memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan negara bukan lagi membangkitkan isu 1MDB,” katanya selepas merasmikan taklimat insentif pengeluaran getah kepada 500 pekebun kecil getah Parlimen Jeli di Pondok Moden, Kelantan memetik sumber Berita harian.

Mengulas mengenai kesan ke atas pelaburan dalam negara berikutan laporan terbaru PAC itu, Mustapa berkata, sememangnya keyakinan pelabur tidak terjejas berikutan isu 1MDB.

“Sama ada sebelum atau selepas laporan, negara masih merekodkan kemasukan pelabur asing yang menggalakkan bagi pelaburan jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Tambahnya lagi, hakikat itu jelas terbukti dengan kenyataan kira-kira 20 ketua eksekutif syarikat dari Amerika Syarikat, dalam pertemuan baru-baru ini, yang melahirkan keyakinan terhadap prospek perniagaan di negara ini.

“Negara mempunyai rekod terbaik menarik kemasukan pelabur kerana kestabilan politik dan dasar yang meyakinkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");