Panasnya Hari Ini

“Jangan Bimbang Guna Kaskas, Tapi Jangan Berlebihan,”- KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan bahawa pihak Polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap individu mahu pun pengusaha makanan yang menggunakan kaskas atau biji popi dalam masakan mereka.

Ujarnya, ini kerana kandungan yang digunakan sedikit dan tidak mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. “Jangan bimbang untuk guna (kaskas) kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada ramuan masakan.

“Tetapi, janganlah sampai berlebihan,” katanya selepas program Derma Darah sempena Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, pagi ini memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan dilaporkan tidak bercadang mengharamkan penggunaan kaskas kerana penggunaan rempah ratus itu dibenarkan dan digunakan secara meluas untuk meningkatkan keenakan masakan.

Sementara itu menurut Menterinya, Datuk Seri S Subramaniam, bagaimanapun menegaskan pemantauan akan dibuat bagi memastikan tidak berlaku penyalahgunaan atau pengambilan secara berlebihan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas  berkenaan penggunaan kaskas sebagai penambah rasa produk kek oleh beberapa premis menjual kek di ibu negara, yang dipercayai boleh menyebabkan ketagihan dan khayal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");