Isu Panas

Jangan gugat keharmonian di Sarawak semasa pilihan raya

KUCHING: Suasana harmoni di Sarawak kini tidak harus digugat oleh sesiapa yang datang dari luar negeri ini semasa kempen pilihan raya, kata Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata setiap tindakan kerajaan negeri khususnya dalam melaksanakan proses penurunan kuasa termasuk berhubung aspek Imigresen, tidak harus dipersoalkan kerana ia adalah tanggungjawab bagi memastikan Sarawak kekal

menjadi negeri yang aman sepanjang masa.

“Kalau niat yang baik (untuk masuk ke Sarawak), kita buka (benarkan). Silaturahim itu ada. Kalau niat tak baik, kita tutuplah,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon kawasan Dun Satok di Dewan Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di sini hari ini.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan negeri, berkata Kuching sebagai ibu negeri Sarawak telah diiktiraf sebagai Bandar Raya Perpaduan berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Yayasan 1Malaysia (Y1M).

“Panel (Y1M) telah menjelajah seluruh Malaysia dan berkata jika mahu melihat model perpaduan, Sarawak dan Kuching terutamanya. Mereka isytihar Kuching sebagai bandar raya perpaduan di Malaysia. Kalau kita dah harmoni, kita baik, keluarga kita baik, jadi kita tidak mahu orang kacau,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");