Sukan Hari Ini

Jangan terburu-buru pecat jurulatih – Sathia

KUALA LUMPUR: Semua persatuan negeri atau kelab perlu melakukan penilaian sepenuhnya sebelum mengambil keputusan memecat atau merehatkan jurulatih sekadar berlandaskan desakan daripada penyokong.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan berkata, sesetengah persatuan terlalu terburu-buru dalam mengenakan hukuman ke atas jurulatih.

Sambil tidak menafikan hak penyokong, Sathianathan turut menjelaskan semua pihak perlu lebih realistik dengan kemampuan yang dimiliki setiap pasukan dalam meletakkan sasaran tinggi di bahu jurulatih.

“Semua pasukan nak jadi juara, tetapi mesti ukur baju di badan sendiri dulu. Kalau semuanya disediakan lengkap seperti JDT (Johor Darul Ta’zim) dengan kemudahan latihan, pemain bertaraf bintang dan pengurusan yang profesional, ia biasa untuk jurulatih dipecat jika gagal.

“Malah, hanya satu daripada 12 pasukan dalam Liga Super boleh jadi juara. Jadi adakah 11 jurulatih daripada pasukan yang gagal itu akan dipecat sekiranya tidak menjadi juara?

“Memang penyokong sekarang menjadi salah satu entiti dalam bola sepak dan ia menambah kerancakan liga kita. Apa pun keputusan tetap terletak di tangan pengurusan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Selepas enam perlawanan liga, dua jurulatih sudah direhatkan termasuk Ahmad Yusof dari Terengganu dan yang terbaharu pengendali Pulau Pinang, Jacksen F Tiago. M

engulas mengenai tindakan merehatkan Tiago, Sathianathan menjelaskan ia mungkin satu tindakan yang sudah lama dikaji oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berikutan jurulatih terbabit sudah dua musim bersama pasukan itu.

“Jika jurulatih baharu menguruskan pasukan dan hanya selepas lima perlawanan sudah dipecat ia terlampau awal. Tapi, untuk kes Tiago, bagi saya FAP sudah menilai prestasinya sepanjang dua musim bersama pasukan itu sebelum direhatkan,” katanya.

Sementara itu, bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah turut sependapat dengan Sathianathan sambil menjelaskan pengurusan perlu melakukan beberapa proses sebelum bertindak memecat jurulatih.

“Secara profesional pengurusan perlu bagi surat tunjuk sebab dulu kepada jurulatih selain mengadakan perbincangan sebelum membuat keputusan.

“Pengurusan juga perlu pandai guna kuasa mereka kerana mereka yang bayar gaji jurulatih, tetapi, bagi saya jika persembahan pasukan tidak bagus, jurulatih sendiri yang perlu letak jawatan, itu lebih profesional,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141774

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");