Sukan Hari Ini

Jin Wei langkah kanan

Kuala Lumpur: Juara remaja dunia Goh Jin Wei (gambar) tidak berdepan masalah untuk mara ke undian utama apabila cemerlang pada aksi kelayakan Kejohanan Badminton Asia (ABC) di China semalam.

Jin Wei, 16, cemerlang apabila mengalahkan Chen Jiayuan (Singapura) dan Lekha Shehani (Sri Lanka) dalam Kumpulan B di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan semalam.

Dalam aksi pertama Jin Wei menumpaskan Jiayuan 21-10, 21-16, sebelum mengalahkan Shehani 21-11, 21-16.

Turut cemerlang ialah seorang lagi pemain perseorangan wanita Ho Yen Mei yang berjaya menempah slot ke pusingan pertama selepas menang dua aksi kelayakan.

Yen Mei memulakan aksi menumpaskan Veronika Sorokina dari Kazakhstan 21-9, 21-13 sebelum menundukkan Cheung Ying Mei dari Hong Kong 21-17, 21-12 dalam Kumpulan C.

Hari ini Jin Wei akan menentang pemain Jepun, Akane Yamaguchi manakala Yen Mei berdepan halangan sukar dari wakil Thailand, Ratchanok Intanon yang juga pemain nombor satu dunia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");