Sukan Hari Ini

Johor DT, Hokkaido jalin kerjasama

Johor Bahru: Bagi memperkasakan lagi program pembangunan bola sepak remaja, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mengadakan kerjasama dengan kelab dari Jepun, Hokkaido Consodale Sapporo, semalam.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim berkata, selepas termeterai perjanjian bersama kelab ternama Bundesliga, Borussia Dortmund, kini Johor DT mengalih arah untuk memperkukuhkan program pembangunan bola sepak apabila bersetuju bekerjasama dengan kelab dari Jepun itu selama lima tahun.

“Ia langkah proaktif untuk meningkatkan lagi kualiti program pembangunan bola sepak akar umbi selepas kami bekerjasama dengan kelab di Jerman dan kini kami mengambil pendekatan untuk mendapat kepakaran kelab Jepun.

“Tidak salah untuk menimba banyak pengalaman dan ilmu bagi memastikan apa jua usaha meningkatkan program pembangunan diteruskan demi memajukan bola sepak Johor dan saya amat berbesar hati selepas kelab dari Jepun sudi mengadakan kerjasama.

“Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim amat menitik berat mengenai program pembangunan akar umbi dan baginda bersetuju untuk bekerjasama dengan kelab dari Jepun itu selepas meneliti dan melakukan kajian mendalam mengenai kelab berkenaan dan perjanjian itu membabitkan program pembangunan jangka masa panjang,” katanya.

Ketika ini, program akademi bola sepak Johor DT sudah mempunyai 57 pelatih antara umur 12 hingga 17 tahun dan ditempatkan di Educity, Iskandar Puteri dan semua pelatih itu akan dipindahkan sebaik Akademi Bola Sepak Johor DT di Kulai dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Turut hadir pada majlis perjanjian kerjasama itu adalah Pengarah Sukan Johor DT Alistair Edwards, Presiden Hokkaido Consodole Sapporo, Yoshikazu Monomura dan wakil Liga Jepun (Liga-J), Wataru Endo.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");