Berita Hari Ini

Judi siber: Boleh perbaharui lesen jika penuhi syarat

SEREMBAN – Lesen kafe boleh diperbaharui seandainya sesebuah premis itu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai kelengkapan dapur, persidangan Dun Negeri Sembilan diberitahu hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia adalah langkah bagi memastikan premis kafe di negeri ini tidak disalahgunakan sebagai pusat perjudian.

Katanya, pihak berkuasa tempatan akan memantau dan memeriksa sama ada terdapatnya kelengkapan dapur yang menjadi kriteria utama sebelum lesen diperbaharui.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan menjawab soalan tambahan Anthony Loke (DAP-Chennah) yang mahu tahu usaha yang diambil kerajaan negeri bagi menangani perjudian siber yang kini beralih modus operandinya ke premis kafe.

Terdahulu, Mohamad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau memaklumkan kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak lagi mengeluarkan atau memperbaharui lesen pusat hiburan keluarga yang beroperasi di negeri ini.

“Pada 2016, saya jamin tiada lagi lesen untuk pusat hiburan keluarga baik yang baharu atau yang lama…sekiranya ada, ia adalah pusat yang beroperasi secara haram,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Yunus Rahmat (BN-Klawang) yang ingin tahu usaha kerajaan membanteras ketagihan judi siber dalam kalangan masyarakat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");