Jenayah

Jumpa rangka lelaki hilang

Miri: Rangka manusia milik lelaki yang hilang sejak 15 Februari lalu ditemui di kebun sawit di Suai, Niah pada 1.20 petang semalam.

Rangka mangsa berusia 58 tahun itu ditemui oleh lelaki yang ketika itu mahu membaja sawit di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang berkata, rangka berkenaan disahkan sebagai Johari Talib, 58, yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Menurutnya, pengesahan itu dibuat oleh abang mangsa berdasarkan pakaian dan selipar mangsa yang berada di lokasi kejadian.

“Rangka berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut. Menurutnya, mangsa mempunyai masalah ingatan dan dipercayai gagal pulang ke rumah selepas terkandas di kawasan kebun itu,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");