Berita Hari Ini

Kadar Tambang Pengangkutan Udara Dijangka Turun Lagi

KUALA LUMPUR: Kadar tambang dijangka turun lagi pada 2016, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia juga berkata penurunan kadar tambang itu akan didorong oleh kemerosotan harga minyak yang dilihat pada akhir tahun lepas.

“Tekanan yang kompetitif dalam industri bermakna penurunan harga minyak dilihat pada sekitar tahun lepas dan hingga 2016 berkemungkinan menurunkan lagi kadar tambang dengan memanfaatkan lindung nilai bahan api,” katanya dalam kenyataan.

IATA berkata dalam Laporan Pemantauan Kewangan Syarikat Penerbangan pada Mac menunjukkan kadar tambang yang diselaraskan dengan kadar pertukaran jatuh sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2016.

“Harga minyak mentah naik pada Mac, walaupun pasaran pada masa ini menjangka ia kekal di bawah US$50 setong hingga akhir 2019,” katanya.

Harga minyak mentah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac, didorong oleh jangkaan pasaran mengenai kemungkinan pembekuan dalam tahap pengeluaran.

Harga setong minyak mentah Brent Crude pada akhir Mac hampir 10 peratus lebih tinggi berbanding pada akhir Februari dan pada masa ini dijual melebihi US$42 setong.

Sementara itu, dalam laporan, IATA juga berkata harga saham syarikat penerbangan global terus pulih pada Mac berbanding penurunan pada Januari.

“Harga saham global naik sebanyak 5.2 peratus pada bulan itu, menjadikan 1.3 peratus di bawah paras tahun permulaan mereka,” katanya.

IATA merupakan persatuan perdagangan untuk syarikat penerbangan dunia, mewakili 260 syarikat penerbangan atau 83 peratus daripada jumlah trafik udara.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");