Sukan Hari Ini

Kafa rombak import

TAN Sri Annuar Musa membayangkan akan berlaku transformasi melibatkan barisan pemain import skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors apabila pintu pendaftaran kedua pemain Liga Malaysia, dibuka pada Jun nanti, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu dipetik menerusi entri laman sosialnya tidak menolak kemungkinan rombakan drastik dilakukan terhadap pemain import berikutan prestasi pasukannya tidak konsisten dalam saingan Liga Super, musim ini.

“TRW mungkin antara tiga (pasukan) terbanyak menjaringkan gol dengan 17 jaringan (dalam kempen Liga Super) tetapi kita mudah dibolosi.

“Mungkin kita perlukan dua (pemain) import di posisi pertahanan? Dan (atau) penyerang mungkin ditukar lagi? Fobia dengan pemain import!!,” katanya.

Untuk rekod, skuad kendalian K Devan berkenaan diperkuatkan Jonathan McKain dari Australia, Jonatan Lucca (Brazil), Blazhe Ilijoski (Macedonia) dan bekas penjaring terbanyak Liga Super tahun lalu iaitu Dramane Troare (Mali) pada musim ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");