Sukan Hari Ini

‘Karier Benteke dah berakhir’

London: Pemain legenda kelab Phil Thompson yakin karier Christian Benteke (gambar) di Liverpool sudah berakhir, menyatakan pemain itu pasti mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Dengan hanya satu gol dalam 16 penampilan bagi semua pertandingan sejak awal tahun ini, Benteke kini tersingkir di belakang Daniel Sturridge dan Divock Origi, gagal tampil dalam kesebelasan utama skuad Juergen Klopp bagi 12 perlawanan terakhir.

Penyerang Belgium itu kini diketepikan kerana kecederaan lutut ketika aksi antarabangsa lantas Thompson berasakan sukar buatnya mengubah keadaan antara sekarang dan hujung musim.

“Anda tidak perlu menjadi pakar atau orang dalam untuk menyatakan Benteke akan berpindah ke kelab lain pada musim panas ini. Kami cuma meramalkan tapi saya tidak tahu secara tepat cuma dia dilihat pasti berpindah.

“Saya rasakan demi kariernya sendiri dia perlu berpindah. Dia berdepan Euro tidak lama lagi dan mungkin berada di bangku simpanan dengan Romelu Lukaku menjadi pilihan utama dan dia pasti tidak mahu perkara sama berulang musim depan.

“Danny Ings juga sudah kembali dan dia lebih sesuai dengan strategi Klopp, jadi Benteke mungkin mendapati dirinya berada di kedudukan keempat senarai penyerang Liverpool,” kata Thompson, seorang pengulas bola sepak. – Agensi/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");