Perak Hari Ini

Karnival MURAL 2016, Bantu Peserta Program AZAM Bandar

IPOH: Karnival AZAM bandar dan Seni Jalanan Urban Malaysia 2016 (MURAL 2016) dilihat mampu membantu peserta Program AZAM Bandar untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka.

Program kali kedua anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu dijayakan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) telah berlangsung selama tiga hari.

Karnival yang berlangsung dari 15 hingga 17 April 2016 di Dataran MBI itu diadakan bertujuan untuk menguar-uarkan tentang kisah kejayaan program AZAM Bandar kepada komuniti bandar.

PERAKTODAY3

Majlis pelancaran MURAL 2016 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Turut hadir sama, Timbalan Menteri KPKT, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan barisan exco kerajaan negeri.

Tujuan utama MURAL 2016 diadakan adalah untuk membantu dalam promosikan barangan dan perkhidmatan peserta program AZAM Bandar selain daripada memberikan tanggapan positif kepada program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya pihak KPKT.

PERAKTODAY1

Program AZAM Bandar merupakan program untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah (B40) di bandar dengan memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemashiran dan mengusahakan perniagaan sendiri.

Pelaksanaan program ini yang dahulunya dikenali sebagai Program Latihan Kemahiran dan Usahawan (PLKK) telah berjaya memberikan impak dalam usaha untuk membasmikan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang telah ditetapkan.

PERAKTODAY2

Selepas penganjuran kali pertama di Johor Bahru, karnival MURAL 2016 pada kali telah membabitkan penyertaan 100 peserta yang telah mempamerkan jualan barangan pakaian, makanan, kraftangan serta spa dan menglibatkan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Terdahulu, Zambry turut menyampaikan anugerah kepada peserta-peserta terbaik program AZAM Bandar bagi tahun 2015.

PERAKTODAY4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");