Panasnya Hari Ini

Kecewa Pembentangan 1MDB Tidak Lengkap – PKR

KUALA LUMPUR: PKR menyatakan rasa tidak puas hati dengan pembentangan hasil siasatan ke atas kes kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada hari ini.

Ia berikutan pembentangan tersebut hanyalah untuk penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sahaja.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (Gombak-PKR) yang menyifatkan bahawa pembentangan itu tidak lengkap berkata, laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB sepatutnya disertakan dengan pembentangan laporan PAC.

Jelasnya, ia supaya Dewan Rakyat maklum akan takat kesan salahlaku atau salahurus kewangan yang didakwa berlaku dalam syarikat itu secara menyeluruh dan apa yang paling mengecewakan apabila Dewan Rakyat tidak diberi peluang untuk membahaskan penemuan siasatan PAC.

“Kita rasa kecewa kerana perkara ini tidak dibentangkan hari ini, yang juga hari terakhir (persidangan). Sepatutnya laporan Ketua Audit Negara dan PAC ini bukan sahaja dibentangkan (tetapi dibahaskan).

“Kalau kita tengok order paper (kertas aturan mesyuarat) tiada ruang untuk kita membahaskan tentang PAC. Ini satu perkara yang tidak demokratik,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyatakan bahawa laporan Ketua Audit Negara tersebut hanya dikhaskan untuk penelitian PAC yang dianggotai oleh wakil rakyat daripada blok pemerintah dan pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");