Perak Hari Ini

Kedai Terbakar, Peniaga Tanggung Kerugian

ALOR PONGSU: Seorang peniaga mengalami kerugian apabila tiga lot kedai miliknya musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di sini, awal pagi semalam.

Turut musnah dalam kejadian tersebut sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan lot kedai berkenaan.

Pemilik kedai itu, Mohd Asri Hanafi,50 berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa kedainya terlibat dalam kebakaran kira-kira jam 4 pagi semalam.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian mendapati seluruh bangunan kedai miliknya itu sedang dijilat api.

PERAK TODAY 4

Tambahnya, ia merupakan kali kedua kedainya itu terbakar sejak tahun 2010 dan apa yang lebih mengejutkan, kejadian berlaku pada hari dan waktu yang sama.

“Saya tidak akan berputus asa dan akan berusaha membina semula perniagaan saya demi masa depan kami,” katanya.

Terdahulu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.21.

Anggota yang telah diketuai oleh PKPgB Abd Nasir Jalil telah digegaskan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam kebakaran.

Operasi berkenaan turut dibantu oleh BBP Selama, BBP Parit Buntar dan PBS Alor Pongsu.

PERAK TODAY 3

Dalam pada itu, pemilik rumah yang turut terbakar, Mohd Idris Yusof, 55 menyatakan bahawa beliau mengalami kerugian melebihi RM40,000.

Jelasnya, sewaktu kejadian berlaku, beliau baru hendak masuk tidur sebelum terdengar bunyi letupan kuat dari lot kedai disebelah rumahnya dan melihat kepulan asap tebal.

“Apa yang boleh saya lakukan hanya mengejutkan isteri dan anak-anak yang sedang tidur dan mengarahkan mereka untuk keluar menyelamatkan diri sebelum saya mengeluarkan kereta yang terletak di garaj.

“Hanya itu yang saya sempat selamatkan. Barangan yang lain termasuk barang kemas yang disimpan oleh isteri telah hangus dalam kebakaran itu,” katanya lagi.

PERAK TODAY 1

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya akan segera memberikan bantuan dengan membuat permohonan kepada pihak yang berkenaan.

“Saya akan bawa perkara ini ke peringkat Jawatankuasa Mesyuarat Tindakan Daerah untuk kita kenal pasti bantuan yang dapat diberikan kepada mangsa yang terlibat,” katanya lagi.

Beliau turut menyampaikan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");