Panasnya Hari Ini

Kedegilan Tun M Antara Faktor Kegagalan PROTON

KUALA LUMPUR: Kedegilan bekas pengerusi Proton Holdings Berhad (PROTON), Tun Dr Mahathir Mohamad antara punca mengapa syarikat pengeluar kereta tempatan itu gagal menjadi kompetitif dalam industri automotif.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, amat sukar bagi kerajaan untuk memperbaiki kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana Tun Mahathir enggan menerima pendapat orang lain.

“Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangannya (Tun Mahathir), maka orang itu akan menghadapi masalah,”ujarnya, lapor Bernama

Jelas Annuar lagi, PROTON kini menghadapi masalah kewangan yang serius namun PROTON dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan bekas Perdana Menteri.

Antara urusniaga yang dilakukan oleh PROTON sewaktu dibawah Tun Mahathir adalah kerjasama dengan Group Lotus PLC yang menyebabkan kewangan syarikat tersebut berada dalam keadaan terumbang ambing.

Ujarnya lagi, PROTON kini hanya menguasai pasaran kereta tempatan tidak sampai 30 peratus berbanding 70 peratus sebelum ini.

“Ini bermakna PROTON semasa dibawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat, bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya terus beroperasi,”ujarnya.

Berikutan itu, Annuar berkata, peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai pengerusi PROTON adalah peluang terbaik untuk kerajaan memulih dan menyelamatkan syarikat kereta nasional negara itu daripada terus mengalami kerugian.

Mengulas lanjut, pengurusan PROTON perlu dibantu bagi mengurus syarikat tersebut secara professional termasuk mengatur strategi baharu mengadakan perkongsian teknologi dengan syarikat automotif dari negara lain.

Terdahulu, Tun Mahathir telah meletakkan jawatan beliau dalam badan berkaitan kerajaan iaitu PROTON, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Tioman (TIDA).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");