Panasnya Hari Ini

Keganasan Di Sekolah: Perlu Tubuh Badan Khas

KUALA LUMPUR:Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye menggesa agar satu badan khas perlu diwujudkan bagi menangani masalah keganasan di sekolah yang disifatkannya semakin membimbangkan.

Ujarnya, badan khas itu perlu melibatkan penyertaan Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, pakar akademik serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ia perlu diwujudkan untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam.

Tambahnya lagi usaha membendung gejala tidak bertamadun itu perlu ditangani semua pihak dan bukannya menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan sahaja.

“Ibu bapa tidak seharusnya menuding jari terhadap pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan sebagai punca masalah ini berlaku sebaliknya sedar dan bantu pihak berkenaan bagi menyelesaikannya.

“Isu ini sudah lama berlaku dan ia boleh diibaratkan sebagai satu trend yang ‘wajib’ berlaku di sekolah. Lebih mendukacitakan, apabila pergaduhan itu membabitkan penggunaan senjata tajam yang boleh meragut nyawa.

“Saya gesa segala program atau silibus di sekolah disemak semula supaya pengisiannya kena dengan keadaan semasa. Misalnya, sesi kaunseling, subjek Pendidikan Islam dan Pendidik Moral perlu dimantapkan untuk memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden 18 pelajar yang berusia 14 hingga 18 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan mengenai kes pergaduhan di Taman Wangsa Melawati, di sini, Khamis lalu.

Terdahulu di Kota Bharu, Kelantan, pula seorang pelajar Tingkatan Tiga retak tulang leher akibat dibuli senior sekolahnya di Pengkalan Chepa, Khamis lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");