Jenayah

Kek biji popi

Kuala Lumpur: Polis mengesan beberapa premis menjual kek di ibu kota menggunakan biji popi sebagai bahan penyedap kek yang boleh mengakibatkan rasa ketagih dan khayal jika diambil melebihi dos.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, berdasarkan ujian saringan awal dilakukan pihaknya mendapati kek berkenaan positif dadah jenis Opiat (candu).

Menurutnya, bahan berkenaan diletakkan di atas kek berkenaan sebagai penyedap rasa dan jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan pelbagai kesan sampingan.

“Kami akan menghantar sampel kek berkenaan ke Jabatan Kimia untuk menjalani ujian selanjutnya bagi mengesahkan kandungan itu positif dadah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka ketika membeli kek bagi mengelakkan mengambil bahan terlarang yang terdapat pada kek itu,”katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");