Sukan Hari Ini

Kepulangan Super KIP disambut meriah

KAMPUNG GAJAH: Lebih 100 penduduk terutama remaja menyambut kepulangan Khairul Idham Pawi yang menjuarai Moto3 saingan Grand Prix (GP) Argentina, sebentar tadi.

‘Wira Kampung Gajah’ yang mengharumkan nama negara itu diraikan sebaik tiba di hadapan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah di sini.

Khairul Idham yang juga dikenali sebagai Super KIP memakai baju T warna hitam tersenyum lebar sambil bersalaman dengan orang ramai termasuk wakil media.

Beliau tiba bersama abang sulungnya, Lokman Hakimi, 21, yang sebelum itu menyambut ketibaan adiknya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus pulang ke sini.

Khairul Idham yang mewakili pasukan Honda Asia menjuarai GP Argentina mengejutkan seluruh rakyat negara ini, malah ia juga kemenangan sulung buatnya selepas menyertai perlumbaan kelas ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");