Panasnya Hari Ini

Kerajaan Campuran, UMNO & PAS: ISMA Sokong Pendapat Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) menyokong pendapat yang dilontarkan oleh penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik mengenai UMNO dan PAS perlu mewujudkan kerajaan campuran demi kebaikan negara.

Menurut Yang Dipertua Majlis Syura ISMA, Sharipuddin Ab Kadir, permuafakatan itu tidak seharusnya terhad kepada UMNO dan PAS, sebaliknya ia perlu melibatkan seluruh parti Melayu dan juga bumiputera di negara ini.

“Sepatutnya bukan setakat UMNO dan PAS sahaja tetapi pemuafakatan ini perlu melibatkan seluruh parti Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

“Musuh Islam dalam dan luar negara memang tidak suka melihat Melayu bersatu dan bersepakat terutamanya dalam perkara yang menjadi kepentingan utama agama bangsa dan negara,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambah Sharipuddin lagi, mereka yang tidak suka kepada permuafakatan, merupakan tergolong dalam kelompok yang tidak suka melihat Melayu Islam bersatu di Malaysia.

“Musuh Islam dalam dan luar negara memang tidak suka melihat Melayu bersatu dan bersepakat terutamanya dalam perkara yang menjadi kepentingan utama agama bangsa dan negara,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Zakir menyatakan bahawa kerajaan campuran antara UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia sebagai usaha memacu negara lebih maju serta mengukuhkan Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");